Review "Shell out" Restoran al Zyan Cuisine

Assalamualaikum~

Sorry gambar buruk sisa2 after done this food. 
Sebab taknak korang terliur pulak kalau gambarnya elok cantik kan. 
Gambar Shawarma dgn Nasi Arab tak sempat amik sebab pikir nak makan je hahaha. 
Okay this is my fav "shellout" setakat ni. 
Kuah sambal dia sedap k!

RM30/2pax (tapi boleh makan sampai 4 orang kot!) 
Ade jugak yg creamy tapi belum pernah order lagi.

Nasi Arab kat Restoran dia pun best. And Shawarma(paling fav!)

Kalau korang teringin nak rasa shell out best silakan lah try kat restoran dia ni. Staff baiknya. Nak balik hujan lebat hantar pakai payung sampai kereta(staff perempuan but maybe jawatan tinggi sebab dia pakai baju kaler lain dari staff yg lain)

P/s: Aku cerita pasal shell out yg sedap including Nasi Arab and Shawarma dia. 
Yg lain korang kena rasa sebab aku tak merasa lagi yg lain.

Located @ Seri Iskandar, Bandar Universiti.. 
Guide: Berdekatan Billion Seri Iskandar.


Ex-housemates aku giat berbisnes tambah income

Assalamualaikum.
Huhu. Happy pulak aku tengok ex-housemate& kawan2 aku sorang2 giat ber"usaha" berbisnes buat& jual macam2 untuk tambah income. Jadi usahawan(semoga berjaya dunia akhirat Aameen!)
Zaman sekarang ekonomi tengah teruk kena lah buat banyak benda yg boleh tambah side income.
Especially makpak yg ada anak/student nak cari duit poket(lagi2 yang cari duit sendiri utk bayar yuran pengajian).

Okey sudah jangan merepek panjang.
Sebenarnya nak share/support member2 berbisnes. Macam2 dorang buat.

Ada yang buat grabcar khas untuk muslimat area Kuala Kangsar, Perak.
Jual handsock, produk faith fluer, produk flerr, tudung labuh reben, blouse, makanan dll

Okey meh belanja gambar dengan info contact sikit

Kalau nak cari produk untuk rambut (Faith Fluer) meh contact
MARDHIAH ➡ SINI

Spray rambut untuk wanita berhijab. Untuk elak bau rambut.

Serum rambut untuk lembutkan rambut supaya rambut kekal sihat. Rawat rambut bercabang.

Set Primadona (Shampoo + Conditioner + serum) set untuk kekalkan kesihatan rambut.

Tengok laku ke tak laku. Masyukkk kan!

Kalau nak cari tudung labuh reben dengan handsock contact
SALWA YUSOFF ➡ SINI

 Handsock Ruffle


Tudung labuh reben gaya muslimah terkini

 Comel sangat

Kalau nak cari produk Mary Jardin, blouse cantik2& kerabu paling sedap di Kuala Kangsar contact
NUR SYA'IRAH ➡ SINI


 Produk Mary Jardin (Clay Mask, Face oil, Face Mist, Face Serum& banyak lagi)


Blouse design terkini


Ni dia kerabu paling sedap di Kuala Kangsar, Perak. "Yummies Chicken Apple"

Okey ni last.
Kalau nak cari produk untuk kurus slim melim, BB cushion(foundation) pewangi kereta, starch tudung, pen kiut miut contact
FAHTIN FARHANA ➡ SINI


Boleh intai2/risik2 ape ape barang yg dorang jual. Yang penting servis dari diorang memang terbaik& highly recommended. Nanti ade free aku buat review satu2 mana yg mampu ye. In shaa Allah. Hehe.
Okey setakat ni je perkongsian utk yg ni.
Terima kasih~


Minyak kelapa dara untuk rawat ruam bayi


Assalamualaikum& hi dearies~
Topik harini "minyak kelapa dara untuk rawat ruam bayi".
Seperti yg semua orang tahu minyak kelapa dara ni banyak khasiatnya untuk tubuh badan.

Char Kuey Teow sedap Kuala Kangsar

Assalamualaikum~
Gambar ihsan pakcik google

Huhu. Tiba2 pulak harini buat entri sharing pasal "review makanan"
Siapa tak tak tahu apa itu "Char Kuey Teow" (kalau ikut pemahaman melayu).

Pengalaman bersalin 38weeks 3days

Assalamualaikum~
Alkisahnya di sebalik gambar ni. Hari isnin malam masa dah start rasa sakit nak bersalinkan Fatimah az Zahra sikit². Sebenarnya 2 hari sebelum tu dah rasa perut semacam je asik senak asik mengeras sampai tak senang duduk. Baring pun tak kena. Tapi boleh tahan lagi.

RESEPI KEK PALING SIMPLE TAPI SEDAP

Assalamualaikum~
So, harini nak share resepi kek
mudah2 je.
Kek rangup crunchy diluar, lembut didalam~

Gambar ihsan google

Guna bahan yang simple2 je.
Gaul pun guna senduk nasi je.
But rasa dia not simple. Huhuhu
Saya yakin awak2 semua akan suka and akan repeat buat banyak kali.
Okey untuk resepi ni untuk yang nak buat kek ni guna oven/air fryer/periuk nasi/microwave.
But kalau ada yang nak cuba guna kaedah kukus
boleh try but saya tak sure akan jadi sama hasil dia macam guna oven atau tidak ye.

Untuk resepi ni saya tak guna tepung naik sendiri.
Just guna tepung biasa je ye.

So bahan2 wajib dia is
➡️ Tepung gandum
➡️ Brown sugar (halus)
➡️ Butter (cairkan terlebih dahulu sebelum mula buat kek
➡️ Baking Powder
➡️ Soda Bikarbonat
➡️ Esen Vanila
➡️ Telur
➡️ Susu cair
➡️ Coklat chip

Cara2nya
1) Sediakan satu mangkuk yang sesuai untuk satu bancuhan kek& pengayak tepung
2) Sediakan secawan tepung gandum, secawan brown sugar, secawan kecil susu cair, butter separuh, soda bikarbonat hujung sudu shj, baking powder hujung sudu shj, telur 2 biji(tak kesah gred ape), coklat chip 4 sudu
3) Masukkan brown sugar ke dalam mangkuk yg dah disediakan tadi
4) Masukkan telur
5) Kemudian masukkan butter yang telah dicairkan tadi
6) And then masukkan pulak esen vanila satu sudu& susu air yg telah disediakan tadi
Kacau dulu ke semua bahan yang dah dimixkan tadi sehingga sebati
7) Ambil pengayak tepung yg dah di sediakan tadi
8) Ayak tepung gandum, soda bikarbonat& baking powder yg dah disediakan tadi
ke dalam bahan yg telah dikacau tadi
8) Masukkan coklat chip
8) Kacau kesemua bahan tadi sehingga rata dan sebati.

Last but not least.....
Masukkan adunan tadi ke dalam loyang yg sesuai.
Kemudian bakar selama 1 jam dengan suhu
30minit pertama 175°c
30minit terakhir 150°c
(Kena rajin tengok2 dan pandai adjust suhu& masa ye)
Sediakan garfu utk check kek dah siap bakar atau belum.
Kalau adunan kek tadi melekat pd garfu maknanya belum lagi.
Kalau tak melekat pd garfu tu maknanya its done!

Yang ni gambar sendiri 🧁
Untuk dapatkan kek yg elok cantik terbentuk boleh gunakan loyang yg boleh mencantikkan ye. Huhu

Kalau saya suka isikan dalam
Aluminium foil saiz ni.
Yg ni dah siap untuk dihidang! πŸ˜‹


Sorry if tak jelas. Resepi ni saya suka buat.
Saya reka ikut suka hati& rasa saya je.
Saje share resepi kek ni untuk penggemar kek but
takde idea nak buat macamana.
Untuk siapa yg suka kek yg ada toping. Boleh add-on toping ye.
Toping cheese ke, coklat ke, blueberry or ape2 je k.

Selamat membaking ❤



TUTORIAL: BOLEH PILIH UNTUK REPLY DI KOMEN PENGOMEN

Assalamualaikum dearies~ For the first time Ninja Blogging dapat request dari sahabat blogger untuk tutorial berkenaan blog ni. Saya da...