"DAUN MENGKUDU TAK WAJIB UNTUK BERTUNGKU"

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dearies~


Ada yang tanya kalau tak letak daun mengkudu tak apa ke? Ok la..sebenarnya fungsi daun mengkudu tu supaya kain yang membaluti tungku tu tak hangit atau mudah terbakar kesan daripada
suhu batu tungku yang tinggi dan panas setelah dipanaskan atas api.

Daun yang sesuai letak untuk alas batu tungku tu adalah seperti daun mengkudu, daun lengkuas, daun kunyit, sirih, atau pandan. Asalkan daun daun yang tak menyebabkan miang badan sudahlah.

Ha gitu. So takdelah sampai takde daun mengkudu terus takleh bertungku. Boleh guna daun lain yg selamat takde miang apa semua boleh aje lah.

Bertungku biasanya dilakukan oleh wanita dalam pantang untuk menghangatkan tubuh wanita berpantang, melancarkan perjalanan darah, buang angin dalam badan dan membantu mengecutkan rahim.

Tungku yang sesuai adalah tungku yang tidak terlalu berat dan besar dan sedang molek je. Proses bertungku adalah antara 20minit hingga 30minit.

Paling best setakat ni rasanya bertungku dengan batu sungai kot.


9 comments:

  1. kalau tak ada daun ni pun ok jg kan nk bertungku... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul... Tu kalau yg bertungku guna cara lama macam tungku besi ke batu sungai ke. Tapi zaman sekarang dah banyak guna tungku moden macam eletronik and yg tuaman panas/sejuk tu kan langsunh takyah pakai daun hehe

      Delete
  2. Terima kasih atas jemputan menyertai giveaway. In shaa Allah akan join& buat entri nanti 😊

    ReplyDelete
  3. lama ray x tgk org bertungku and even alat untuk bertungku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu skrg ramai amalkan cara moden pengganti bertungku. Tungku pun ade yg moden.

      Delete
  4. Penah la bertungku tak pakai daun pasal carik daun yang sesuai takdok. Pehtu tak perasan lak kain bungkuih batu tu dah terkoyak sket dek paneh batu tu. Pedap punye pedap terkena tang koyak tu, paneh ya robbi hahahaha... Tak memasal. Jemput singgah: Resepi Fluffy Souffle & Dalgona Coffee

    ReplyDelete
  5. Aduh lebor kena panas tungku haha. Btw. First time dengar daun pasal hehe. Baik saya bw blog Farah Deeb ye :)

    ReplyDelete
  6. Mama X penah bertungku tau sebab dulu masa bersalin czer tapi Lepas Tu x pegi ngurut dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke mama. Hehe takpe asalkan lepas habis pantang pun tetap jaga kesihatan badan jaga senam pemakanan semua okey in shaa Allah

      Delete

Berbicaralah dengan berhemah.

Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.

TUTORIAL: BOLEH PILIH UNTUK REPLY DI KOMEN PENGOMEN

Assalamualaikum dearies~ For the first time Ninja Blogging dapat request dari sahabat blogger untuk tutorial berkenaan blog ni. Saya da...