TIPS SIMPAN BAWANG PUTIH DALAM PETI AIS& TAHAN LAMA SERTA KHASIATNYA~

Assalamualaikum 
momies, kakak, adik& semua yg suka membawang putih.
Harini kita nak share sikit tips simpan bawang putih lebih tahan lama dalam peti ais.

Selalu orang simpan dalam peti ais kupas siap2 kulit lepastu bubuh dalam bekas kan(ni terlebih rajin tapi nanti tak tahan lama sangat)
Ni kita share tips untuk simpan dalam peti ais and tahan lebih lama.
Cara dia sonang aje!
1) Leraikan satu2 tanpa buang kulit dia
2) Masukkan terus dalam bekas(tanpa basuh ke ape terus masukkan)
3) Masuk dalam peti ais tanpa tutup bekasnya. Kalau nak tutup pun biar ade ruang udara lebih sikit.

Buat macam dalam gambar ni ye

Kenapa jangan kupas kulit siap2?
Sebab nanti bila geng bawang putih ni berlaga antara satu sama lain dia boleh jadi macam melecur/lemau. Kenapa jangan tutup rapat or takyah guna penutup? Nanti wap akan terperangkap lagi cepat dia melecur/lemau.

Walaupun renyah nak masak nanti baru nak kupas kulit lepastu basuh pulak takpe dia lagi tahan lama. Huhu. Senang je sebenarnya meh kita share video tutorial kat bawah ni

Ketuk2 aje untuk kekalkan khasiat bawang putih tu.

Kalau nak bakar bawang putih makan gitu aje. Bakar je dengan kulit2 sekali.

Antara khasiat bawang putih yg ramai dah tau& ade ramai jugak yg tak tahu

Khasiat Bawang Putih

♡ Awet Muda
♡ Menurunkan kolestrol
♡ Memecahkan lemak dalam salur darah
♡ Mencantikkan kulit dan badan
 ♡ Buang angin dalam badan

P/s: Amalkan makan bawang putih bakar setiap hari atau selang sehari untuk keberkesanan. Konsisten tau. Kalau awak malas nak mengetuk membakar ke awak boleh beli dalam bentuk kapsul macam dalam gambar bawah ni (Kapsul Bawang Putih by SUZYHONEY HERBS)

OLEH kerana mempunyai pelbagai khasiat yang baik, bawang putih banyak digunakan dalam masakan Masyarakat Cina. Hampir semua masakan mereka menggunakan bawang putih disebabkan khasiatnya yang boleh mengeluarkan angin di dalam badan selain menyedapkan makanan.

Manakala masyarakat India menggunakan bawang putih dalam penyediaan kari dan dalca. Masyarakat Melayu juga tidak terkecuali menggunakan bawang putih dalam masakan seperti rendang, asam pedas dan pelbagai jenis masakan lain.

Bawang putih telah diakui kepentingannya dalam bidang perubatan kerana itulah ia sudah ditanam dan digunakan sejak beribu tahun dahulu kerana dipercayai dapat digunakan dalam rawatan pelbagai jenis penyakit.

Bawang putih mengandungi alliin iaitu sejenis sebatian kimia. Apabila bawang putih dihancurkan, sejenis enzim yang dipanggil alliinase akan dikeluarkan dan bertindakbalas dengan alliin bagi membentuk alliisin. 

Allisin adalah sejenis sebatian yang tidak stabil dan ia akan bergabung dengan sebatian mengandungi sulfur bagi menghasilkan bau unik bawang putih.

Cara menggunakan bawang putih di dalam merawat penyakit

1. Lemah urat
Kupas kulit 7 ulas bawang putih, basuh bersih dan rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk tapis kemudian minum tiga kali sehari.

2. Usus keras
Bakar tiga hingga lima ulas bawang putih, dikupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

3. Anti-Kanser
Cara 1: 
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian makan lakukan dua kali sehari.

4. Anti penuaan/ awet muda
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

5. Kecacingan
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih kunyah kemudian hisap airnya.

Cara 2:
Kupas 3 ulas bawang putih, cuci, kunyah sehingga lumat kemudian telan. kemudian minum air suam. Lakukan satu hingga dua kali sehari.

6. Kulit muka berbintik hitam
Kupas bawang putih, tumbuk, campurkan dengan minyak badam, kemudian sapu pada bahagian muka yang berbintik hitam. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air bersih.

7. Jerawat
Kupas kulit bawang putih hiris nipis, letakkan pada wajah yang berjerawat dan Biarkan selama beberapa minit sebelum Bilas dengan air bersih lakukan sehingga jerawat hilang.

8. Lemah daya ingatan
Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

9. Radang otak dan saraf
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih, tumbuk, campur sedikit madu kemudian pupuk ke atas urat di belakang leher sehingga tulang belakang berserta tulang rusuk.

Cara 2:
Makan sebiji bawang putih bersama susu lembu asli setiap pagi. Lakukan setiap hari.

10. Cirit-birit
Cara 1:
Kupas kulit 2 ulas bawang putih, cuci kemudian rebus dengan segelas air. Setelah sejuk, minum air rebusan sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari sehingga sembuh.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan lakukan dua kali sehari.

Cara 3:
Kupas kulit kunyit, bawang besar, dan bawang putih lalu rebus. Minum air rebusan tersebut.

Cara 4:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya dan makan lakukan dua kali sehari.

11. Gastrik/ medu/ radang perut
Kupas kulit bawang putih kemudian kunyah dan telan. Makan dua kali sehari dan lakukan dua kali berturut-turut.

12. Kanser perut
Tumbuk bawang putih sehingga hancur, tapis dan ambil airnya. Campurkan sedikit gula dan madu, kacau sebati kemudian minum lakukan beberapa kali.

13. Perut kembung
Kupas 2 ulas bawang putih, cuci kunyah perlahan dan telan. Kemudian minum air hangat amalkan 3 kali sehari.

14. Sakit perut
Kupas 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan lakukan dua kali sehari.

15. Sistem pencernaan bermasalah
Cara 1:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan dilakukan dua kali sehari.

16. Kuku jari tangan rapuh
Kupas bawang putih kemudian cucuk-cucukkan pada kuku berkali-kali.

17. Telinga bernanah
Bawang putih dikupas kulit, dibasuh bersih, ditumbuk lumat, diperah, ditapis, lalu dititiskan air perahannya ke dalam liang telinga.

18. Batuk biasa
Cara 1: 
Kupas kulit 30 g bawang putih cuci kemudian tumbuk. Campurkan dengan gula besar dan segelas air. Rendam selama lima hingga enam jam. Minum 1 sudu besar setiap hari. Lakukan selama beberapa hari.

Cara 2:
Kupas kulit bawang putih tumbuk sehingga lumat beras serta tapis airnya. Kemudian campur kan satu sudu madu lebah dan minum.

Cara 3: 
Tumbuk umbi pokok bawang putih hingga hancur dan ambil airnya. Campur kan air tersebut dengan sedikit madu dan gula kemudian minum.

19. Bronkus/ radang tengkorak
Kupas kulit 3 hingga 5 ulas bawang putih, basuh bersih kemudian rendam dalam air panas. Kunyah dan telan bawang tersebut.

20. Suara serak atau para
Kupas kulit 3 hingga 5 ulas bawang putih, basuh bersih kemudian rendam dalam air panas. Kunyah dan telan bawang tersebut.

21. Reumatik/ radang sendi dan otot
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih kemudian tumbuk hancur dan campur kan dengan rizom halia. Seterusnya tumbuk dan campurkan dengan minyak zaitun. Pupuk bahan tersebut pada bahagian yang sakit sebelum tidur dan bersihkan pada keesokan paginya.

Cara 2:
Rebus Daun dan batang bawang putih menjalar sehingga mendidih kemudian wapnya disedut ke dalam paru-paru.



Untuk sebarang pertanyaan/order
KAPSUL BAWANG PUTIH by
Suzyhoney Herbs

KAPSUL BAWANG PUTIH ASLI
RM25/30kapsul 

Semoga bermanfaat. Terima kasih :)

Cara berkesan kecutkan jerawat dalam masa sehari je!

Assalamualaikum~
Hai pembaca setia blog kita yang beshe beshe je ni. Okey macam yg dah tertera kat tajuk tu. Nak share sikit cara berkesan untuk kecutkan jerawat segera! Okey bawah ni gambar bahan2 nya

Ini HUKUM berinai yang perlu anda tahu

Assalamualaikum~
Jom belajar hukum pakai inai.




Digalakkan bagi perempuan yang telah berkahwin berhias untuk suaminya. Antara cara berhias itu ialah dengan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya.


1. Menurut ulama, mewarnai tangan dan kaki dengan inai adalah disunatkan bagi perempuan-perempuan yang telah berkahwin dengan syarat mendapat keizinan suaminya. Jika tanpa keizinan suami (yakni suami tidak menyukainya) tidaklah harus. Bagi perempuan yang belum berkahwin, hukumnya adalah makruh mengikut kebanyakan ulama kerana tidak ada keperluan dan juga bimbang timbulnya fitnah.


2. Ada juga ulama yang berpendapat; diharuskan bagi perempuan secaranya umumnya untuk berinai sama ada telah berkahwin atau belum berkahwin kecuali perempuan yang kematian suami dan masih dalam eddah.


3. Adapun bagi lelaki, diharamkan mewarnai tangan dan kakinya dengan inai atau bahan lainnya kerana perbuatan tersebut menyerupai wanita yang dilaknat di dalam hadis Nabi s.a.w. “Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu Abbas r.a) Namun dikecualikan jika tujuan memakai inai itu adalah untuk pengubatan.


Ini adalah hukum berinai secara umumnya. Adapun berinai dengan cara melukis pelbagai corak di tangan atau kaki (yakni bukan dengan mewarnai keseluruhan tangan atau jari-jarinya), maka perbuatan itu menurut ulama adalah makruh.


Berkata Syeikh Yusuf al-Ardibli dalam kitabnya, ‘al-Anwar li A’mal al-Abrar’: “Jika seorang perempuan hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu daripada perbuatan-perbuatan itu ke atas perempuan bujang (yakni tidak bersuami) dan juga perempuan bersuami jika tidak diizinkan suaminya.

Selain perbincangan hukum yang di atas.
Terdapat juga perbincangan lainnya yg dikongsikan di dalam laman blog
Ustazah Fatimah Syarha.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Wallahua'lam~

Semoga bermanfaat untuk kita semua :)

PERKHIDMATAN PA SYSTEM/REPAIR AUDIO SYSTEM/PEMASANGAN AUDIO MASJID/SURAU/DEWAN/SEKOLAH

Assalamualaikum~

Kami menyediakan perkhidmatan
PEMASANGAN/MEMBEKAL& MEMBAIK PULIH AUDIO SYSTEM.
Juga sewaan PA SYSTEM/DJ for kenduri apa sahaja jenis majlis. Btw. 

P/s: Makluman awal. Untuk Program patuh syariah only.


Contact Us @
019-250 5693 (En. Affiz)
011-3785 6500 (Pn. Zati)

Thankyou~

PENTING TAU MAKAN UBAT CACING 6BULAN SEKALI DARI KANAK2 SAMPAI KE TUA!

Assalamualaikum~
Bila pikir balik kenapa banyak supplement aku amik selalu tak berkesan? Kenapa perut aku selalu sakit lain macam kadang rasa macam bergelodak? Kenapa selalu gatal2?
Kenapa kenapa dan kenapa kan?

MASALAH SARAF. BAHAYA BAGI ANAK MAIN PHONE TERLALU KERAP


Terbaca satu post ni sharing dari pasangan suami isteri yg jumpa pakar kanak2 untuk consult masalah anak.
Dia sharing tips~

Resepi Cheezy Wedges ala2 KFC. Senang gilerrrr!

Assalamualaikum~
Huhu. Terimbau pulak dulu suka reka resepi baru& cuba resepi baru.

Saja nak share resepi ni kat
sini. Orang kata "simpan sini" hehe.
Nanti boleh ler tengok balik kot tetiba terlupa.

Ni resepi Cheezy Wedges ala ala KFC.
Bukan nak kata rasa dia macam KFC betul. Nanti nampak sangat angkat bakul masuk sendiri pulak adeh. Cuma nak kata dia sepesen lah dgn Cheezy Wedges kat KFC nuuu. Serupa tapi bukan dia kihkih

Cheezy Wedges

Bahan2

1) Kentang
2) Tepung gandum
3) Serbuk kari
4) Serbuk cili
5) Telur
6) Garam
7) Serbuk cheese/sos cheese yg dah siap bancuh

Cara2
1) Rebus kentang sampai lembut
2) Sambil tunggu kentang lembut sediakan bahan celup (gaulkan sekali sewacan tepung gandum, 2 sudu serbuk cili, 2 sudu serbuk kari& garam secukup rasa. Gaul sampai rata semua bahan)
3) Sediakan telur 2 atau 3 biji dalam bekas sederhana besar kemudian kacau.
4) Bila kentang dah lembut elok masukkan dalam bekas yg dah berisi telur tadi. 
5) Perap seketika kentang yg dah digaul dengan telur tadi ke dalam capuran tepung gandum, serbuk kari serbuk cili& garam tadi.
6) Panaskan minyak.
7) Start goreng kentang yg dah perap tadi.
8) Bancuh serbuk cheese dgn air suam. Jangan cair sangat jangan pekat sangat. Nak lagi senang beli yg dah siap bancuh.
Lepastu letaklah sos kat semua kentang yg dah siap goreng macam dalam gambar tu hehe.

Then siap utk dihidang.

Another option untuk garam. Boleh jugak bubuh garam dalam telur macam nak buat telur dadar tu kalau taknak gaul dalam tepung. 

Selamat mencuba :)
Sebelum makan jangan lupa Basmalah dulu hehe~

DESIGN HANDBAG JEMELS CANTIK2 😍

Assalamualaikum~

Ramai dah kenal brand JeMels and ramai jugak lagi yang belum kenal.
JeMels brand ada handbag, baju kurung& shawl.

Ni nak share koleksi handbag by JeMels.
Jom cuci mata. Design semua lawa2. Semua design harga mampu milik. 
Quality TERBAIK 5 STARS!













Cantik cantik kan semua?
Boleh contact untuk order or info lebih ➡ KLIK SINI UNTUK CONTACT


TUTORIAL: BOLEH PILIH UNTUK REPLY DI KOMEN PENGOMEN

Assalamualaikum dearies~ For the first time Ninja Blogging dapat request dari sahabat blogger untuk tutorial berkenaan blog ni. Saya da...